Sunday, April 6, 2008

BERITA BURUK KEPADA PARA PENGUNDI... Mesej Anda Tidak Di Terima Pakai

Berpandukan kenyataan yang diberikan oleh YAB Pak Lah dimana akan menghukum pensabotaj yang mengundi Parti Lawan pada pilihanraya bagi 14 Parlimen dan 22 DUN ternyata bahawa mesej anda tidak diterima pakai walaupun niat protes anda bermaksud baik... agar pucuk pimpinan membuka mata bahawa kuasa mutlak bukanlah berada ditangan mereka... tetapi ditangan pengundi...

Sememangnya benar tindakan anda memprotes adalah satu kesalahan besar... Malangnya pucuk pimpinan lupa untuk menyelidik faktor yang mendorong anda untuk memprotes... Mungkin pasal calon... pasal budget... pasal wakil rakyat korup.... dan macam-macam lagi.. dah tentulah orang protest... Takkanlah orang nak protes sesuka hati... kadangkala apabila semua saluran telah tertutup maka orang proteslah... apa taknya surat dan berpucuk-pucuk ... memorundum dah berkajang-kajang tapi kau tak dengar jugalah... labi... apa kau pekak.

Jadi apabila perkara sedemikian berlaku siapakah orang yang paling layak dihukum... dan tentu si pemain catur yang tak tau mengatur strategi, Dalam TV semalam cakap majlis tertinggi takkan dipenuhi orang-orang bodoh... tapi nampaknya camtulah... mungkin dak bodoh tapi macam buah catur... disuruh jalan lurus.. luruslah dia, disuruh jalan senget- sengetlah dia... di suruh jalan L pun L..lah jalan dia..

1 comments:

jibam April 8, 2008 at 2:09 AM  

Pak lah salahkan ahli UMNO sebab kekalahan Perak N Kedah?? Dimanakah hak ahli Umno untuk memilih pemimpin?? Apakah hak dia(Pak Lah) untuk menyalahkan rakyat seperti kita untuk memilih pemimpin kita sendiri?? Apakah kita cukup bodoh untuk memilih pemimpin?? Mestikah kita memilih pemimpin yang hanya dipilih oleh dia(Pak Lah) sendiri?? Biarpun saya bukan ahli Umno tetapi saya seorang rakyat Malaysia dan saya tertanya tanya pada diri sendiri adakah wajib sebagai rakyat Malaysia berdaftar sebagai ahli Umno wajib memilih seorang pemimpin yang dipilih oleh beliau??? diatas kreteria yang macam mana??? Sesedap rasa?? Ini merupakan statement yang kasar dan tidak menjaga perasaan rakyat sendiri... Bukannya seperti lembu yang dicucuk hidung!! Kita sepatutnya pilih pemimpin yang boleh bekerja untuk negara bukan pemimpin yang mengkayakan atau kepentingan kepada keluarga sendiri sahaja!!!!! Pembangkang pun bukan bekerja untuk diri meraka tapi untuk negara dan rakyat!! Itu yang rakyat nampak!!!