Monday, April 28, 2008

AWAN MENDUNG DI PARLIMEN


















Gah... Wakil Rakyat angkat sumpah tak angkat tangan. Apakah satu tanda protest telah bermula.. adakah ianya menunjukkan kepincangan bakal melanda sejarah apabila satu institusi yang penuh dengan kekeramatannya tersendiri telah mula tersumpah dek manusia yang tak beradab kerana membiarkan segala kemungkaran berlaku dimata...

Hingga kini tanda Pak Lah berundur sudah mula kelam... bahasa manis telah menjadi basi dan semangat yang hangat kini dah sejuk beku bak taik ayam...

Apa dah jadi nie..... ke Apalah lagi bala yang bakal menimpa kita dek kedegilan orang tua nie... Aduh...

Walau cammana baik niatpun hendak memperbaiki keadaan.... cuba bayangkan macammana naik merepair bubur.. untuk dijadikan nasi balik... sumpah-sumpah amatlah mustahil.... Cara yang terbaik tanakk lah beras yang baru agar masaknya menjadi nasi yang berderai dan enak dimakan... itulah perumpamaan mudah...


Mintak lah doa... banyak-banyak agar negara ni masih ditadbir UMNO...








Nasi Dah JAdi Bubur

Read more...

Sunday, April 6, 2008

BERITA BURUK KEPADA PARA PENGUNDI... Mesej Anda Tidak Di Terima Pakai

Berpandukan kenyataan yang diberikan oleh YAB Pak Lah dimana akan menghukum pensabotaj yang mengundi Parti Lawan pada pilihanraya bagi 14 Parlimen dan 22 DUN ternyata bahawa mesej anda tidak diterima pakai walaupun niat protes anda bermaksud baik... agar pucuk pimpinan membuka mata bahawa kuasa mutlak bukanlah berada ditangan mereka... tetapi ditangan pengundi...

Sememangnya benar tindakan anda memprotes adalah satu kesalahan besar... Malangnya pucuk pimpinan lupa untuk menyelidik faktor yang mendorong anda untuk memprotes... Mungkin pasal calon... pasal budget... pasal wakil rakyat korup.... dan macam-macam lagi.. dah tentulah orang protest... Takkanlah orang nak protes sesuka hati... kadangkala apabila semua saluran telah tertutup maka orang proteslah... apa taknya surat dan berpucuk-pucuk ... memorundum dah berkajang-kajang tapi kau tak dengar jugalah... labi... apa kau pekak.

Jadi apabila perkara sedemikian berlaku siapakah orang yang paling layak dihukum... dan tentu si pemain catur yang tak tau mengatur strategi, Dalam TV semalam cakap majlis tertinggi takkan dipenuhi orang-orang bodoh... tapi nampaknya camtulah... mungkin dak bodoh tapi macam buah catur... disuruh jalan lurus.. luruslah dia, disuruh jalan senget- sengetlah dia... di suruh jalan L pun L..lah jalan dia..

Read more...

Thursday, April 3, 2008

UMNO atau Pak Lah

Dengar Khabar Yang Berada Di Angin MP di negeri Sabah dan Serawak akan menyertai Parti Pakatan Rakyat kalau kuota menteri yang ada sekarang tak diagihkan dengan betul. Johor sampai 7 Menteri walhal parlimennya baru ada berapa...

Takan mungkin Pak Lah akan merombak kabinet yang baru dibinanya... maka jalan yang terbaik adalah untuk Pak Lah meletak Jawatan bagi lah pada najib ke muhyiddin ke dan carilah jalan penyelesaian..

Kalaulah tidak... dan benarlah khabar diangin ini maka alamat berkuburlah Barisan Nasional dan eloklah kita siapkan Keranda untuk Parti UMNO yang tercinta ini hanya kerana kedegilan satu insan yang bernama Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi a.k.a Pak Lah the cleaneer...

p.s.. sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung maka Pak Lah siapkan lah pasu atas khubur sebab anak cucu nak siram dengan air ludah kebencian kerana menguburkan UMNO.

Selamat Berjuang... kerna perjuangan ini masih belum selesai dan baru bermula...

Read more...